Method Reference

Selain lambda, ada satu lagi cara untuk membuat anonymous class iaitu dengan menggunakan method reference. Untuk menggunakan method reference, kita mesti menulis method yang membuat benda yang sama terlebih dahulu. Contoh menggunakan code dari Tutorial Ulang Kaji, kita tambah method tambahSepuluh() seperti berikut,

    public static int tambahSepuluh(int num) {
        return num + 10;
    }

Sekarang kita tukar code anonymous class menggunakan method reference, seperti berikut,

    public static void main(String[] args) {
        int jawapan = Nilai.daripada(5 + 3)
                .kemudian(Application::tambahSepuluh);

        System.out.println(jawapan);
    }

Seperti code di atas, untuk membuat method reference, kita tulis nama class, kemudian simbol ::, kemudian nama method yang kita mahu gunakan.

Website ini menggunakan cookie yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini. Dengan menggunakan website ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookie tersebut.

Setuju