Function
Dalam Tutorial Ulang Kaji, kita membina interface Function kita sendiri. Dalam Java 8, kita tidak perlu membuat sedemikian kerana interface Function sudah sedia ada.
Klik sini untuk melihat documentation interface Function
Seperti yang tertera di documentation tersebut, interface Function menggunakan generics, jadi kita hanya perlu beritahu jenis data yang kita mahu gunakan untuk input dan output.
Oleh itu, kita boleh delete interface Function yang kita bina. Kemudian update
method kemudian()
seperti berikut,
public int kemudian(Function<Integer, Integer> func) {
return func.apply(num);
}
Anda mungkin perlu import interface tersebut ataupun dengan menggunakan IDE,
import java.util.function.Function;
Code yang lain kekal sama, dan anda boleh test untuk melihat program masih berfungsi sama seperti sebelum ini.