Functional Interfaces

Selain interface Function, ada beberapa lagi interface lain yang boleh digunakan yang ada dalam package java.util.function.

Klik sini untuk melihat documentation untuk package java.util.function

BiFunction

BiFunction adalah sama seperti Function tetapi boleh mengambil dua input. Contoh menggunakan lambda,

(x, y) -> x + y + 10

Jangan lupa kurungan untuk input.

Consumer

Consumer ialah interface untuk function yang mengambil input dan tidak return apa-apa nilai (void). BiConsumer ialah jenis yang mengambil dua input.

Supplier

Supplier ialah interface untuk function yang tiada input, hanya return nilai. Contoh menggunakan lambda,

() -> 10

Kita tidak perlu hafal jenis-jenis interface di atas kerana kita hanya menggunakan lambda. Cuma perlu tahu function yang kita akan tulis boleh mempunyai ciri-ciri di atas.

Jika anda perasan, kita hanya boleh meletak sehingga dua input untuk function sahaja. Jika kita mahu lebih, kita perlu menulis sendiri interface yang kita mahu ataupun menggunakan library seperti Vavr.

Website ini menggunakan cookie yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini. Dengan menggunakan website ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookie tersebut.

Setuju