Lambda

Java 8 memperkenalkan syntax baru untuk membuat anonymous class iaitu dengan menggunakan simbol lambda. Simbol lambda dalam Java ialah ->. Kita akan menggunakan code daripada Tutorial Ulang Kaji untuk melihat cara penggunaan lambda.

Dengan menggunakan IDE, kita boleh tukar code tersebut dengan lebih mudah. Contohnya dengan menggunakan IntelliJ, letakkan cursor di anonymous class tersebut, kemudian tekan Alt+Enter. Popup akan memaparkan pilihan untuk menukarkan code ke lambda.

Gambar popup tukar ke lambda

Selepas kita klik pilihan tersebut, code akan bertukar ke bentuk yang menggunakan lambda, seperti berikut,

Gambar code lambda

Sekarang kita dapat melihat code menjadi semakin pendek. Anonymous class tersebut hanya dalam satu baris sahaja.

Penjelasan

Seperti yang kita dapat lihat dalam code di atas, code lambda adalah seperti berikut,

num -> num + 10

Maksudnya apa-apa di sebelah kiri lambda ialah input. Apa-apa di sebelah kanan ialah cara untuk mendapatkan output. Cara ini sama seperti function dalam matematik yang kita belajar di sekolah menggunakan arrow notation, seperti ini,

f:x -> x + 10
f(x) = x + 10

Penggunaan lambda di atas adalah untuk code yang mempunyai satu baris. Jika code kita memerlukan beberapa baris, kita boleh menulis begini,

num -> {
    int nomborDariDatabase = 10;
    return num + nomborDariDatabase;
}

Website ini menggunakan cookie yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini. Dengan menggunakan website ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookie tersebut.

Setuju