Switch statement
Switch statement adalah sama dengan if statement iaitu untuk
membolehkan program membuat pilihan (decision making). Switch
statement biasa digunakan jika pilihan terlalu banyak.
public class TutorialSwitch {
public static void main(String[] args) {
int bulan = 5;
switch (bulan) {
case 1: System.out.println("Januari"); break;
case 2: System.out.println("Februari"); break;
case 3: System.out.println("Mac"); break;
case 4: System.out.println("April"); break;
case 5: System.out.println("Mei"); break;
case 6: System.out.println("Jun"); break;
case 7: System.out.println("Julai"); break;
case 8: System.out.println("Ogos"); break;
case 9: System.out.println("September"); break;
case 10: System.out.println("Oktober"); break;
case 11: System.out.println("November"); break;
case 12: System.out.println("Disember"); break;
default: System.out.println("bulan tidak wujud"); break;
}
}
}
Kurungan selepas switch diletakkan variable yang digunakan untuk
perbandingan. Data selepas case diletakkan perbandingan yang ada.
Jadi, case 1 bermaksud adakah bulan sama dengan 1? Jika ya, code
selepasnya akan dilaksanakan. Akhir sekali, diletakkan break
menandakan berakhirnya code yang perlu dilaksanakan.
default adalah sama dengan else dalam if statement iaitu
merupakan pilihan terakhir untuk code tersebut.
Kelebihan menggunakan switch adalah untuk memudahkan orang membaca
code tersebut (readability). Jika anda mahu, anda boleh tulis semua
code tersebut menggunakan if statement.
P/S: Jangan lupa untuk menulis
breakselepas setiapcasekerana walaupun code tiada error, akan berlaku sesuatu yang anda tidak jangkakan. Anda boleh cuba buangbreakuntuk lihat apa yang akan berlaku.