If statement
If statement
membolehkan program untuk membuat pilihan.
Berikut ialah program yang hanya akan paparkan nombor jika nombor tersebut ialah nombor genap:
public class TutorialIf {
public static void main(String[] args) {
int nombor = 4;
int baki = nombor % 2;
if (baki == 0) {
System.out.println(nombor + " ialah nombor genap");
}
}
}
Hasilnya, terpapar 4 ialah nombor genap
.
Sekarang tukar nombor kepada nombor ganjil:
public class TutorialIf {
public static void main(String[] args) {
int nombor = 5;
int baki = nombor % 2;
if (baki == 0) {
System.out.println(nombor + " ialah nombor genap");
}
}
}
dan hasilnya tiada apa-apa yang terpapar.
Sebelum kita pergi kepada penerangan tentang code di atas, kita perlu tahu cara untuk menentukan nombor genap. Nombor genap tidak akan berbaki apabila dibahagi dengan dua, contohnya 10 bahagi 2 bersamaan 5 baki 0. Berlainan dengan nombor ganjil, contohnya 9 bahagi 2 bersamaan 4 baki 1.
Oleh itu, penentu kepada nombor genap ialah baki selepas nombor tersebut
dibahagi dengan dua. Untuk mendapatkan baki, kita gunakan simbol %
.
Jadi, program tersebut akan check sama ada baki sama dengan 0 dengan
menggunakan simbol ==
. Jika ya, program akan laksanakan if statement
tersebut. Jika tidak, program akan abaikan.
Inilah yang dinamakan membuat pilihan (decision making), maksudnya program boleh membuat pilihan sama ada untuk laksanakan code ataupun tidak.
Sekarang kita tambah code kita untuk paparkan jika nombor tersebut ialah nombor ganjil:
public class TutorialIf {
public static void main(String[] args) {
int nombor = 5;
int baki = nombor % 2;
if (baki == 0) {
System.out.println(nombor + " ialah nombor genap");
}
if (baki != 0) {
System.out.println(nombor + " ialah nombor ganjil");
}
}
}
dan barulah terpapar 5 ialah nombor ganjil
. Perhatikan simbol !=
digunakan untuk check sama ada “baki tidak sama dengan 0”.
If else statement
Sekarang cuba code berikut dan lihat apa yang berlaku:
public class TutorialIfElse {
public static void main(String[] args) {
int umur = 60;
if (umur > 50) {
System.out.println("tua");
}
if (umur > 20) {
System.out.println("dewasa");
}
}
}
Program akan memaparkan kedua-duanya. Jika kita mahu paparkan hanya salah satu daripada pilihan tersebut, kita boleh menggunakan if else statement, seperti berikut:
public class TutorialIfElse {
public static void main(String[] args) {
int umur = 60;
if (umur > 50) {
System.out.println("tua");
} else if (umur > 20) {
System.out.println("dewasa");
}
}
}
Barulah satu pilihan sahaja yang terpilih, iaitu tua
.
Kita juga boleh menggunakan else
tanpa meletakkan if
. Ini akan
membuatkan program akan pilih pilihan tersebut jika semua pilihan di
atasnya tidak terpilih. Contoh seperti berikut:
public class TutorialIfElse {
public static void main(String[] args) {
int umur = 5;
if (umur > 50) {
System.out.println("tua");
} else if (umur > 20) {
System.out.println("dewasa");
} else {
System.out.println("kecik lagi");
}
}
}
else
tanpa if
merupakan pilihan terakhir bagi code tersebut.
Kita boleh menulis semula code untuk nombor genap menggunakan cara yang sama:
public class TutorialIfElse {
public static void main(String[] args) {
int nombor = 5;
int baki = nombor % 2;
if (baki == 0) {
System.out.println(nombor + " ialah nombor genap");
} else {
System.out.println(nombor + " ialah nombor ganjil");
}
}
}
barulah nampak lebih kemas.
Nested if statement
Nested if statement
bermaksud apabila if statement
berada di dalam
if statement
yang lain. Contohnya:
public class TutorialNestedIf {
public static void main(String[] args) {
int umur = 5;
if (umur >= 0) { // umur tak boleh negatif
if (umur > 20) {
System.out.println("dewasa");
} else {
System.out.println("kanak-kanak");
}
}
}
}