Boolean
Salah satu jenis data ialah boolean
. Boolean
hanya boleh menyimpan dua
jenis data sahaja iaitu; true
atau false
. Jadi, di mana boleh kita
menggunakan boolean
ini?
Cuba ingat kembali kurungan pada if statement
, while loop
, dan do
while loop
di mana kita membuat perbandingan antara dua nombor.
Sebenarnya, apabila kita membuat perbandingan, kita telah menghasilkan
boolean
. Buktinya:
public class TutorialBoolean {
public static void main(String[] args) {
boolean b = 5 > 3;
System.out.println(b); // akan papar 'true'
}
}
Jadi, variable boolean
boleh digunakan di dalam kurungan tersebut,
contohnya:
public class TutorialBoolean {
public static void main(String[] args) {
int nombor = 4;
int baki = nombor % 2;
boolean tiadaBaki = (baki == 0);
if (tiadaBaki) {
System.out.println("nombor genap");
}
}
}
Cara ini biasa digunakan untuk membuatkan code lebih mudah dibaca tanpa
perlu menggunakan comment
.