Class yang Penting
Java mempunyai koleksi class yang dikenali sebagai Java Class
Library
. Library ini mempunyai code yang biasa digunakan dalam
programming. Sebelum ini pun kita ada menggunakan class String, yang
merupakan salah satu class daripada library tersebut.
Untuk melihat semua class tersebut, anda boleh search java api
di
Google. Class yang disediakan oleh Java sangat banyak iaitu melebihi
4000 class, jadi saya tidak mengharap anda untuk menghafal kesemuanya.
Java API selalunya digunakan sebagai rujukan ketika programming, jadi
biasakan diri anda dengan API tersebut.
Walaupun kita tidak perlu menghafal semua class dari library Java, ada sesetengah class yang penting (essential) yang semua programmer Java perlu ambil tahu.