String
Kalau perasan jenis data String ditulis bermula dengan huruf besar,
berbanding jenis data yang lain seperti int
, double
, dan boolean
.
Ini kerana String sebenarnya ialah class.
String merupakan gabungan daripada beberapa character (huruf, nombor, simbol). Jadi, class String dibuat untuk menggabungkan character tersebut.
Sama seperti class yang lain, String juga mempunyai method yang boleh kita gunakan.
length
Kita boleh menggunakan method length()
untuk mendapatkan panjang
sesuatu String atau dalam erti kata lain, untuk mendapatkan bilangan
character yang ada dalam sesuatu String:
package tutorialjava;
public class Main {
public static void main(String[] args) {
String cikgu = "Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola";
int bilanganCharacter = cikgu.length();
System.out.println(bilanganCharacter);
}
}
Character yang dikira termasuklah tempat kosong (blank).
charAt
Method charAt()
boleh digunakan untuk mendapatkan character daripada
String. Contohnya,
package tutorialjava;
public class Main {
public static void main(String[] args) {
String cikgu = "Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola";
char hurufPertama = cikgu.charAt(0);
char hurufKedua = cikgu.charAt(1);
System.out.println(hurufPertama);
System.out.println(hurufKedua);
}
}
Dalam programming, kiraan biasanya dibuat bermula dari 0 seperti ini:
0, 1, 2, 3, 4, 5…
bukannya,
1, 2, 3, 4, 5…
toLowerCase/toUpperCase
Kita boleh menggunakan method toLowerCase()
untuk menjadikan String
tersebut kepada huruf kecil semuanya. Method toUpperCase()
pula untuk
menjadikan String kepada huruf besar.
package tutorialjava;
public class Main {
public static void main(String[] args) {
String cikgu = "Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola";
String cikguHurufBesar = cikgu.toUpperCase();
System.out.println(cikguHurufBesar);
}
}