Interface Collections
Berikut ialah beberapa interface yang ada dalam framework Collections:
List
Lebih kurang seperti array boleh simpan data mengikut indeks tetapi boleh berubah saiz.
Set
Simpan data dan tidak membenarkan wujud data yang sama. Sangat berguna jika mahu buang duplicate.
Queue
Data yang mula-mula masuk ialah data yang akan keluar dahulu. Biasanya disebut sebagai first in, first out (FIFO).
Deque
Cara sebutannya ialah ‘deck’. Deque merupakan singkatan bagi double-ended queue. Ini bermaksud deque boleh jadi first in, first out (FIFO) ataupun last in, first out (LIFO). Sebelum ini LIFO digunakan oleh Stack, tetapi sekarang sudah tidak digalakkan lagi oleh Java.
Map
Menghubungkan antara satu data (key) dengan data yang lain (value).