Generics
Cuba lihat mana-mana interface yang ada dalam Collections di Java API.
Jika perasan interface tersebut meletakkan <E>
selepas nama
interface, contohnya,
public interface List<E> extends Collection<E>
Huruf besar tersebut dinamakan sebagai generics. Generics ini digunakan untuk menentukan class apa yang boleh dimasukkan ke dalam data structure tersebut. Konsep ini lebih kurang sama seperti parameter. Contoh data structure untuk menyimpan class String akan kelihatan begini:
List<String> words = new ArrayList<>();
Selain E, huruf lain juga boleh digunakan seperti T, K, N.
Primitive wrapper class
Hanya class yang boleh diletakkan pada generics. Data primitive
seperti int
, double
, boolean
, dan char
bukan class, jadi Java
menyediakan class wrapper untuk digunakan oleh data primitive. Antara
class wrapper adalah:
Integer
untuk intLong
untuk longDouble
untuk doubleCharacter
untuk charBoolean
untuk boolean
Jadi, kita boleh menggunakan class wrapper untuk diletakkan pada generics, contohnya:
List<Integer> numbers = new ArrayList<>();