Variable

Variable ialah tempat untuk menyimpan data.

Contohnya, jika kita buat sesuatu pengiraan dan sudah mendapat jawapan. Kemudian kita mahu menggunakan jawapan tersebut di tempat lain, tetapi kita tidak mahu membuat pengiraan semula. Jadi, kita boleh menggunakan variable untuk menyimpan jawapan tersebut dan terus guna di tempat yang kita mahu.

Untuk membuat variable, kita tulis jenis data kemudian nama variable tersebut. Sebagai contoh,

int nombor;

Untuk menyimpan data dalam variable tersebut, tulis nama variable, kemudian tulis simbol = diikuti dengan data. Contoh,

nombor = 5;

Kita juga boleh terus memasukkan data sebaik sahaja kita membuat variable,

int nombor = 5;

Berikut adalah contoh program menggunakan variable untuk menyimpan pelbagai jenis data, dan cara untuk menggunakannya:

public class ContohVariable {

    public static void main(String[] args) {
        // 'int' adalah jenis data yang kita nak simpan, int bermaksud
        // integer(nombor bulat). 'nomborBulat' adalah nama kepada variable
        // tersebut, kita boleh namakan apa-apa sahaja.
        int nomborBulat = 5;
        System.out.println(nomborBulat);

        // 'double' adalah jenis data untuk nombor perpuluhan
        double nomborPerpuluhan = 6.7345;
        System.out.println(nomborPerpuluhan);

        // 'char' adalah jenis data untuk character (huruf, nombor, simbol
        // dan sebagainya)
        char huruf = 'z';
        System.out.println(huruf);

        // 'boolean' adalah jenis data untuk simpan true atau false sahaja
        boolean betulAtauSalah = false;
        System.out.println(betulAtauSalah);

        // String adalah jenis data untuk gabungan beberapa character
        String email = "Email saya ialah jonbonjovi@gmail.com";
        System.out.println(email);
    }
}

Contoh penggunaan variable

Variable boleh digunakan dalam operasi matematik:

public class ContohPenggunaanVariable {
    public static void main(String[] args) {
        int a = 10;
        int b = 15;
        int c = a + b;
        System.out.println(c);  // akan papar 25
    }
}

Variable hanya boleh menyimpan satu data pada satu masa. Apabila kita masukkan data yang lain pada variable yang sama, data yang asal akan digantikan dengan data yang baru:

public class ContohPenggunaanVariable {
    public static void main(String[] args) {
        int x = 5;
        x = 10;
        System.out.println(x);  // akan papar 10
    }
}

Kita boleh menggunakan data yang asal untuk digunakan dalam mana-mana operasi, kemudian masukkan kembali ke variable yang sama. Contoh:

public class ContohPenggunaanVariable {
    public static void main(String[] args) {
        int x = 5;
        x = x + 1;
        System.out.println(x);  // akan papar 6
    }
}

Cara yang sama, cuma lebih ringkas:

public class ContohPenggunaanVariable {
    public static void main(String[] args) {
        int x = 5;
        x += 1;
        System.out.println(x);  // sama, akan papar 6
    }
}

Juga cara yang sama, tetapi cara ini hanya boleh bertambah atau berkurang satu sahaja:

public class ContohPenggunaanVariable {
    public static void main(String[] args) {
        int x = 5;
        x++;
        System.out.println(x);  // juga sama, akan papar 6
    }
}

Tujuan kita perlu menulis jenis data

Kita perlu menulis jenis data kerana ada sesetengah operasi yang boleh digunapakai oleh lebih dari satu jenis data. Contohnya, jika kita tambah dua nombor, kita akan dapat jumlahnya. Tetapi jika kita tambah dua string, kita menggabungkan dua string tersebut.

public class ContohPenggunaanVariable {
    public static void main(String[] args) {
        int nombor1 = 10;
        int nombor2 = 10;
        System.out.println(nombor1 + nombor2);  // akan papar 20
    }
}

Berbeza dengan ini,

public class ContohPenggunaanVariable {
    public static void main(String[] args) {
        String nombor1 = "10";
        String nombor2 = "10";
        System.out.println(nombor1 + nombor2);  // akan papar 1010
    }
}

Ataupun gabungan daripada jenis yang berlainan,

public class ContohPenggunaanVariable {
    public static void main(String[] args) {
        int duit = 150;
        String ayat = "Saya ada RM ";
        System.out.println(ayat + duit);  // "Saya ada RM 150"
    }
}

Website ini menggunakan cookie yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini. Dengan menggunakan website ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookie tersebut.

Setuju