Matematik
Programming dan matematik memang tidak dapat dipisahkan.
Jika kita tulis operasi matematik seperti tambah, tolak, darab, dan bahagi, program akan terus mendapatkan jawapan untuk operasi tersebut. Jadi, kita tidak perlu bersusah payah menggunakan kalkulator untuk mendapatkan jawapan.
Code berikut adalah contoh penggunaan operasi matematik dalam
programming. Kita juga perlu beritahu kepada komputer untuk memaparkan
jawapan dengan menggunakan System.out.println()
, jika tidak komputer
hanya mengira sahaja tanpa menulis jawapan.
public class Matematik {
public static void main(String[] args) {
// Java akan terus kira jawapan kepada operasi Matematik berikut
System.out.println(3 + 4);
System.out.println(5 - 7);
System.out.println(8 * 7);
System.out.println(2 * 3 + 5);
// Dalam Java, kita mesti beritahu sama ada kita nak perpuluhan atau
// tak. Kalau tak, Java akan bagi jawapan TANPA baki.
System.out.println(9 / 2);
// Guna modulus, '%' untuk dapatkan baki
System.out.println(9 % 2);
// Letak perpuluhan kalau nak jawapan dalam bentuk perpuluhan
System.out.println(9.0 / 2);
}
}
Perbandingan
Kita juga boleh membuat perbandingan antara nombor. Contohnya,
public class Matematik {
public static void main(String[] args) {
// Tanda == digunakan untuk melihat sama ada nombor adalah sama.
// Jadi di sini, program akan memaparkan true.
System.out.println(3 == 3);
// != untuk nombor yang berbeza. Di sini, program akan memaparkan false.
System.out.println(3 != 3);
// > untuk nombor yang lebih besar daripada nombor yang lain.
System.out.println(5 > 4);
// >= untuk nombor yang lebih besar atau sama dengan nombor yang lain.
System.out.println(5 >= 5);
// < untuk nombor yang lebih kecil daripada nombor yang lain.
System.out.println(5 < 7);
// <= untuk nombor yang lebih kecil atau sama dengan nombor yang lain.
System.out.println(7 <= 7);
}
}
Perbandingan akan menghasilkan nilai true
atau false
menandakan sama ada
betul ataupun tidak.