git reset
git reset
ialah command yang berlawanan dengan git add
. Jika kita tersilap
memilih file menggunakan git add
, kita boleh reset kembali pemilihan tersebut.
Caranya hampir sama dengan git add
. Taip command kemudian path ke file atau
folder yang ingin kita reset.
Contoh,
git reset bola.txt
git reset folder/takpenting/
Untuk reset segala-galanya, hanya perlu menaip
git reset
Reset commit
Satu lagi kegunaan git reset
adalah untuk reset commit.
Sebelum itu, saya ingin memberi pesanan, anda tidak perlu reset commit jika anda melakukan kesilapan pada code. Jika ada kesilapan pada code, anda cuma perlu membuat perubahan, kemudian commit sekali lagi supaya kita boleh menjejaki kesilapan kita. Kita cuma perlu reset untuk commit yang kita tidak mahu jejaki, contohnya jika kita tidak sengaja commit password database.
Contoh untuk reset commit adalah seperti berikut,
git reset HEAD~1
HEAD~1
bermaksud daripada commit yang terakhir sehingga SATU commit sebelum
itu. Anda boleh mencuba dengan git log
untuk melihat senarai commit yang
terakhir, kemudian git reset HEAD~1
, dan check kembali menggunakan git log
.
Untuk reset tiga commit terakhir, boleh taip seperti berikut,
git reset HEAD~3