git checkout
git checkout
ada satu lagi kegunaan selain menukar branch. Jika anda menaip
git checkout --help
, Git akan memaparkan
git-checkout - Switch branches or restore working tree files
bermaksud selain menukar branch, kita juga boleh mengembalikan file ke bentuk yang asal.
Contohnya, semasa kita sedang menulis code, code kita asyik tak menjadi-jadi.
Disebabkan terlalu geram, kita pun ingin mula dari awal, maka kita boleh
menggunakan git checkout
untuk reset kembali file.
Caranya adalah dengan meletakkan nama file selepas command tersebut, contohnya,
git checkout bola.txt
Selain itu, kita juga boleh menggunakan nama folder. Jadi, kita boleh menggunakan
git checkout .
Untuk reset semua file kembali ke asal.