Template Engine

Kita boleh menghantar code HTML ke browser menggunakan String. Namun, apabila difikirkan, jika code HTML terlalu panjang, tidakkah berserabut code kita nanti. Jadi, kita boleh memisahkan code HTML ke file yang lain. Apabila code HTML sudah terpisah daripada code Java, bagaimana pula untuk mengubah kandungan code HTML tersebut?

Perkenalkan template engine!

Template engine boleh menggunakan syntax-syntax yang istimewa untuk menetapkan bahagian HTML yang boleh diubah. Bahagian tersebut kemudiannya boleh diubah daripada code Java.

Syntax-syntax tersebut berbeza mengikut template engine. Anda boleh pergi ke Spring Initializr (klik pada “Switch to the full version” di bahagian bawah page) untuk melihat senarai template engine yang boleh digunakan untuk aplikasi Spring Boot, antaranya,

Mustache

Untuk tutorial ini, kita akan menggunakan template Mustache kerana Mustache adalah template yang paling simple. Jika anda mahukan lebih feature, anda boleh lihat template engine yang lain.

Untuk menggunakan Mustache, tambah dependency berikut pada file pom.xml:

    <dependency>
        <groupId>org.springframework.boot</groupId>
        <artifactId>spring-boot-starter-mustache</artifactId>
    </dependency>

Anda juga boleh menggunakan Spring Initializr untuk generate projek yang menggunakan Mustache.

Website ini menggunakan cookie yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini. Dengan menggunakan website ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookie tersebut.

Setuju