Uberjar

Uberjar ialah pakej aplikasi yang mengandungi keseluruhan aplikasi tersebut. Maka, jika kita ada menyewa satu server, kita boleh install Java, kemudian membina uberjar, kemudian upload file uberjar tersebut ke server, dan run.

Untuk membina uberjar, kita boleh menggunakan command Maven, iaitu

./mvnw clean package

Setelah selesai, file uberjar akan ada dalam folder target dengan nama bermula nama projek dan version, contohnya hello-0.0.1-SNAPSHOT.jar. File .jar itulah yang dinamakan uberjar. Kita hanya perlu satu file itu sahaja untuk menjalankan website.

Untuk run uberjar, kita boleh menggunakan command Java berserta flag -jar, contohnya,

java -jar hello-0.0.1-SNAPSHOT.jar

Jika anda cuba command tersebut di komputer anda, website akan berjalan sama sahaja seperti semasa kita membuat development.

Server hosting

Untuk menjadikan website tersebut boleh diakses oleh orang ramai, kita perlu menghubungi internet service provider(ISP), seperti UniFi. Cara yang lain ialah menyewa server di mana-mana server hosting.

Antara server hosting yang popular ialah:

Dedicated server bermaksud satu mesin dimiliki oleh kita sepenuhnya. Virtual private server bermaksud aplikasi kita nanti berjalan dalam virtual machine. Pilih virtual private server kerana murah.

Cara-cara untuk setup server biasanya disediakan oleh website server hosting tersebut. Jika anda ada masalah, anda boleh menghubungi mereka untuk support.

Website ini menggunakan cookie yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini. Dengan menggunakan website ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookie tersebut.

Setuju