Run Projek

Kita boleh menggunakan command build tool untuk run projek Spring Boot.

Jika anda menggunakan Maven, taip

mvn spring-boot:run

Jika anda menggunakan Gradle, taip

gradle bootRun

Kemudian console akan memaparkan segala log semasa menjalankan server. Setelah selesai, kita boleh mencari tulisan seperti ini,

Tomcat initialized with port(s): 8080 (http)

Perhatikan nombor 8080 tersebut. Itu merupakan port untuk server yang kita telah run. Untuk melihat web tersebut, buka browser kemudian pergi ke http://localhost:8080. Anda akan melihat error page kerana kita masih belum menulis apa-apa lagi.

Jika anda masih ingat, sebelum ini kita anda menambah dependency ‘Devtools’. Dengan adanya Devtools, code yang kita akan tulis nanti akan terus update pada server. Jadi, kita tidak perlu lagi tutup, kemudian compile semula aplikasi seperti aplikasi Java yang lain. Walau bagaimanapun, feature ini bergantung kepada IDE.

Untuk Eclipse, server akan update tiap-tiap kali kita save file.

Untuk IntelliJ, server akan update apabila kita build aplikasi dengan klik ke gambar tukul berwarna hijau, seperti berikut,

Gambar tukul hijau untuk build aplikasi

Website ini menggunakan cookie yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini. Dengan menggunakan website ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookie tersebut.

Setuju