Filter
Method filter()
boleh digunakan untuk menapis data yang kita mahu daripada
collection untuk membentuk collection yang baru.
Contoh untuk mengambil nombor genap,
List<Integer> numbers = Arrays.asList(1, 1, 2, 3, 5, 8, 13);
List<Integer> nomborGenap = numbers.stream()
.filter(num -> num % 2 == 0)
.collect(toList());
System.out.println(nomborGenap);
Method filter()
mengambil function sebagai argument. Jika function tersebut
memberi boolean true
untuk satu data, data tersebut akan diambil ke collection
baru.
Dalam code di atas, jika baki nombor selepas dibahagi dengan 2 ialah 0, bermakna nombor itu ialah nombor genap, maka nombor tersebut akan termasuk dalam list yang baru.