Code Quality

Code quality ialah bahagian code yang boleh membuatkan code tersebut mudah difahami, mudah diselenggarakan (maintained), dan mudah diubahsuai.

Dalam software development, sesuatu codebase kebiasaannya ditulis oleh beberapa orang programmer. Jadi, setiap code yang ditulis perlulah mempunyai struktur yang kemas, konsisten, dan teratur supaya setiap programmer boleh berkerjasama dengan lebih mudah.

Kadangkala seseorang programmer juga perlu mewarisi code daripada programmer yang lain. Maka, permudahkanlah kerja-kerja mereka untuk memahami code yang telah kita tulis.

Dalam bab ini, kita akan lihat antara teknik yang membolehkan atau memaksa kita untuk meningkatkan kualiti code kita.

Website ini menggunakan cookie yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini. Dengan menggunakan website ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookie tersebut.

Setuju