Belajar Java

Java ialah salah satu programming language yang boleh dikategorikan sebagai object-oriented(mengikut konsep objek). Programming language ini biasa digunakan untuk Android, syarikat-syarikat besar, high performance server, dan semasa belajar di universiti.

Mari kita lihat antara ciri-ciri programming language Java supaya anda boleh memutuskan sama ada programming language ini bersesuaian dengan projek anda.

Garbage collection

Dalam programming language seperti C dan C++, programmer perlu menguruskan proses yang melibatkan penggunaan memory(RAM) secara manual. Penggunaan memory secara manual mudah menyebabkan kerosakan kepada application, dan boleh meningkatkan masa untuk membangunkan application tersebut.

Dalam Java, proses yang dinamakan garbage collection dijalankan secara automatik untuk menguruskan penggunaan memory. Jadi, programmer Java tidak perlu bimbang mengenai masalah yang melibatkan memory.

High performance

Programming language Java mengorbankan saiz untuk kelajuan program. Walaupun Java sedikit perlahan berbanding C dan C++, tetapi Java sangat laju berbanding programming language lain. Itulah sebabnya Java banyak digunakan dalam syarikat-syarikat kewangan(finance).

Java Virtual Machine

Java Virtual Machine(JVM) ialah platform di mana program Java dijalankan. Semasa kita install Java, kita sebenarnya sedang install JVM.

JVM sangat canggih. JVM ini akan sentiasa mengoptimumkan program yang sedang berjalan supaya lebih laju dan efisyen. Teknik ini dinamakan just-in-time compilation. Maksudnya semakin lama program Java berjalan, semakin laju dan efisyen program tersebut. Itu sebabnya Java banyak digunakan sebagai server, iaitu antara aplikasi yang mempunyai jangka hayat yang lama.

Disebabkan kecanggihan JVM ini, banyak programming language lain yang menumpang di atas platform tersebut antaranya Scala, Kotlin, Clojure, JavaScript(Nashorn), dan Ruby(JRuby).

Verbose

Verbose bermaksud, kita perlu menulis banyak syntax untuk melakukan benda yang simple, berbeza dengan programming language seperti Python.

Ciri ini boleh jadi kelebihan atau kekurangan bergantung kepada projek. Untuk projek yang kecil-kecil, mungkin tidak sesuai. Untuk projek yang besar yang melibatkan berpuluh-puluh programmer, mungkin sesuai.

Dalam tutorial ini, kita juga akan didedahkan dengan library yang boleh membuatkan code Java kurang verbose.

Library ecosystem

Disebabkan Java telah lama wujud dan telah dipopularkan oleh Oracle, telah banyak wujud library-library yang memudahkan programmer untuk membangunkan program mereka. Jadi, kita tidak perlu lagi membuang masa untuk menulis benda yang sama berulang-ulang kali.

Kesimpulannya…

Jika anda merasakan Java bersesuaian dengan matlamat anda, tunggu apa lagi, Jom Belajar Java!

Website ini menggunakan cookie yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini. Dengan menggunakan website ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookie tersebut.

Setuju