Class (part 1)
Buka Netbeans (atau mana-mana IDE yang anda guna), kemudian buat New
project. Namakan project tersebut apa-apa sahaja yang anda mahu.
Untuk membuat class, klik kanan pada Source Packages dan klik
New Java Class. Kita namakan class tersebut sebagai
Kucing, dan nama package sebagai kucing. Selepas tekan
Finish, Netbeans akan menghasilkan file berikut:
package kucing;
public class Kucing {
}
Fields
Fields ialah variable yang kita letakkan pada class, seperti
berikut:
package kucing;
public class Kucing {
String nama;
int umur;
}
Fields inilah yang dikatakan ciri-ciri kepada sesuatu class. Jadi,
ciri-ciri untuk class Kucing sekarang ialah nama dan umur.
Methods
Methods menentukan tingkah laku yang boleh dilakukan oleh class
tersebut. Contohnya,
package kucing;
public class Kucing {
String nama;
int umur;
public void mengiau() {
System.out.println("Meow");
}
public void minum() {
System.out.println("Slrrp, slrrp");
}
}
Jadi, tingkah laku yang boleh dilakukan oleh class Kucing sekarang ialah mengiau dan minum.