Access modifiers

Access modifiers ialah keyword yang digunakan untuk menentukan sama ada class, fields, atau methods boleh diakses ataupun tidak. Keyword tersebut ialah public, private, dan protected.

Public

Apabila keyword public digunakan bermakna class, fields, atau methods tersebut boleh digunakan di mana-mana sahaja.

Private

Keyword private pula hanya boleh digunakan oleh code di dalam class itu sahaja. Keyword private biasanya diletakkan pada fields. Sebagai contoh:

package kucing;

public class Kucing {
    private String nama;
    private int umur;

    ...

    public String getNama() {
        return nama;
    }

    public int getUmur() {
        return umur;
    }
    ...
}

Selepas meletakkan keyword private, maka kita tidak boleh compile code berikut:

package kucing;

public class Main {
  public static void main(String[] args) {
    Kucing kucingSaya = new Kucing();
    System.out.println(kucingSaya.nama); // error di sini
  }
}

Antara kelebihan menggunakan private adalah bagi memastikan code tidak boleh mengubah fields secara langsung (direct) kerana data untuk fields tersebut perlu dipastikan terlebih dahulu melalui setter.

Tiada modifier

Jika kita tidak meletakkan modifier, hanya code dalam class dan package yang sama sahaja yang boleh akses.

Protected

Keyword protected hampir sama dengan yang tiada modifier, dengan tambahan code di dalam subclass di package lain juga boleh akses. Lihat topik inheritance untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai subclass.

Website ini menggunakan cookie yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini. Dengan menggunakan website ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookie tersebut.

Setuju