Queue

Queue menggunakan kaedah first in, first out (FIFO) yang bermaksud data yang mula-mula masuk akan keluar dahulu. Sebagai contoh semasa beratur di kantin, orang yang mula-mula datang yang akan dapat beli dahulu, siapa yang lambat kena beratur di belakang.

Class yang menggunakan queue antaranya ialah LinkedList dan PriorityQueue.

LinkedList

Contoh untuk membuat queue menggunakan LinkedList:

package datastructure;

import java.util.LinkedList;
import java.util.Queue;

public class ContohQueue {
    public static void main(String[] args) {
        Queue<String> customers = new LinkedList<>();
        customers.offer("pelanggan pertama");
        customers.offer("pelanggan kedua");
        customers.offer("pelanggan ketiga");

        System.out.println("Ambik order " + customers.poll());
        System.out.println("Next!");
        System.out.println("Ambik order " + customers.poll());

        System.out.println("Alamak makanan sudah habis, siapa pelanggaan seterusnya?");
        System.out.println(customers.peek());
        System.out.println(customers.peek() + " sedang menunggu...");
    }
}

Method yang digunakan adalah seperti berikut:

PriorityQueue

Walaupun queue secara umumnya menggunakan kaedah FIFO, PriorityQueue agak berlainan sedikit. Data di dalam PriorityQueue ditentukan menggunakan priority (keutamaan). Data yang mempunyai keutamaan yang tinggi akan didahulukan untuk keluar (diproses).

Contoh situasi sewaktu menaiki kapal terbang. Selepas penumpang diberi kebenaran untuk masuk, pramugari pun minta warga emas yang naik dahulu, kemudian penumpang yang ada anak kecil, diikuti oleh penumpang-penumpang yang lain. Jadi, di sini warga emas mempunyai keutamaan (priority) yang lebih tinggi berbanding penumpang yang lain.

Kita akan gunakan class Penumpang untuk dimasukkan ke dalam PriorityQueue:

package datastructure;

public class Penumpang {
    String jenis;
    int keutamaan;      // nombor besar bermaksud high priority

    public Penumpang(String jenis, int keutamaan) {
        this.jenis = jenis;
        this.keutamaan = keutamaan;
    }
}

Bagi menentukan keutamaan sesuatu class, kita boleh menggunakan class yang menggunakan interface Comparator<E>:

package datastructure;

import java.util.Comparator;

public class KeutamaanPenumpang implements Comparator<Penumpang> {

    @Override
    public int compare(Penumpang o1, Penumpang o2) {
        return o2.keutamaan - o1.keutamaan;
    }

}

Untuk interface Comparator, jika method compare() menghasilkan nombor negatif bermaksud o1 lebih diutamakan, jika nombor positif bermaksud o2 diutamakan, dan jika return 0 bermaksud sama priority.

Kita mahu field keutamaan di class Penumpang menjadi high priority jika nombor besar dan low priority jika nombor kecil, jadi kita tentukan priority dengan cara,

o2.keutamaan  o1.keutamaan;

Jika diterbalikkan seperti ini,

o1.keutamaan  o2.keutamaan;

bermaksud nombor kecil ialah high priority, dan nombor besar ialah low priority. Terpulang kepada anda hendak pilih yang mana.

Cara penggunaan PriorityQueue adalah seperti berikut:

package datastructure;

import java.util.PriorityQueue;
import java.util.Queue;

public class ContohQueue {
    public static void main(String[] args) {
        Queue<Penumpang> airport = new PriorityQueue<>(new KeutamaanPenumpang());
        airport.offer(new Penumpang("lelaki dewasa bujang", 1));
        airport.offer(new Penumpang("wanita bujang", 1));
        airport.offer(new Penumpang("warga emas lelaki", 3));
        airport.offer(new Penumpang("pasangan pengantin", 1));
        airport.offer(new Penumpang("warga emas perempuan", 3));
        airport.offer(new Penumpang("ada anak kecil", 2));

        while (!airport.isEmpty()) {
            System.out.println(airport.poll().jenis);
        }
    }
}

Hasilnya Penumpang yang mempunyai keutamaan yang lebih tinggi akan dikeluarkan dahulu.

Website ini menggunakan cookie yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini. Dengan menggunakan website ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookie tersebut.

Setuju