Array

Sebelum ini, kita menggunakan variable untuk menyimpan data. Walau bagaimanapun variable hanya boleh menyimpan satu data sahaja pada satu masa. Jika kita mahu menyimpan lebih daripada satu data, kita boleh menggunakan array.

Cara untuk membuat array adalah seperti berikut:

package datastructure;

public class ContohArray {
    public static void main(String[] args) {
        int[] nomborBilik = new int[5];
    }
}

Nombor 5 tersebut bermaksud array nomborBilik hanya boleh menyimpan 5 data sahaja.

Untuk memasukkan data ke dalam array, kita tulis nama array tersebut serta kedudukannya:

package datastructure;

public class ContohArray {
    public static void main(String[] args) {
        int[] nomborBilik = new int[5];
        nomborBilik[0] = 101;
        nomborBilik[1] = 202;
        nomborBilik[2] = 303;
        nomborBilik[3] = 404;
        nomborBilik[4] = 505;
    }
}

Perhatikan kedudukan di dalam array bermula dengan 0, bukannya 1.

Untuk mengakses kembali data di dalam array, juga sama, tulis nama array serta kedudukannya:

package datastructure;

public class ContohArray {
    public static void main(String[] args) {
        int[] nomborBilik = new int[5];
        nomborBilik[0] = 101;
        nomborBilik[1] = 202;
        nomborBilik[2] = 303;
        nomborBilik[3] = 404;
        nomborBilik[4] = 505;

        System.out.println(nomborBilik[3]);
    }
}

Cara lain untuk membuat array adalah dengan menggunakan kurungan {}:

package datastructure;

public class ContohArray {
    public static void main(String[] args) {
        int[] nomborBilik = {101, 202, 303, 404, 505};
        System.out.println(nomborBilik[3]);
    }
}

Hati-hati semasa menggunakan array kerana saiz array tidak boleh berubah. Sama juga jika menggunakan kurungan {}.

Multidimensional array

Ada sesetengah data memerlukan lebih daripada satu dimensi, contohnya data spreadsheet seperti Excel yang menggunakan row dan column. Jadi, kita boleh menggunakan multidimensional array.

package datastructure;

public class ContohArray {
    public static void main(String[] args) {
        String[][] jadual = new String[2][3];
        jadual[0][0] = "Sabtu";
        jadual[0][1] = "bangun pagi";
        jadual[0][2] = "gosok gigi";
        jadual[1][0] = "Ahad";
        jadual[1][1] = "bangun pagi";
        jadual[1][2] = "tidur balik";

        System.out.println(jadual[1][1]);
    }
}

Sama seperti array biasa, kita juga boleh menggunakan kurungan {} untuk membuat multidimensional array:

package datastructure;

public class ContohArray {
    public static void main(String[] args) {
        String[][] jadual = { {"Sabtu", "bangun pagi", "gosok gigi"},
                              {"Ahad", "bangun pagi", "tidur balik"} };

        System.out.println(jadual[1][1]);
    }
}

Website ini menggunakan cookie yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini. Dengan menggunakan website ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookie tersebut.

Setuju