JDBC

JDBC ialah interface yang kita boleh guna untuk menyambungkan aplikasi Java dengan database. Benda yang diperlukan untuk membuat connection JDBC ialah url, nama dan password untuk database tersebut.

Contoh url untuk database H2 ialah seperti,

jdbc:h2:~/tempat/letak/db

Contoh untuk Windows,

jdbc:h2:C:/tempat/letak/db

Contoh menggunakan database client/server,

jdbc:mysql://websitesaya.com:9001/nama_database

Setup projek

Kita akan membuat projek menggunakan Maven. Di sini, saya menggunakan IDE IntelliJ Community Edition (Free). Jadi, buka IntelliJ. Kemudian, klik Create New Project. Di sebelah kiri, pilih Maven dan klik Next.

GroupId ialah nama package untuk menentukan bahawa projek tersebut ialah milik kita, biasanya kita letak mengikut nama domain. Jika anda tidak memiliki domain, suka hati anda nak letak apa. Jadi, saya akan letak com.jombelajarjava sebagai GroupId. ArtifactId pula ialah nama package untuk projek kita. Jadi, saya akan letakkan tutorialh2. Setelah selesai, klik Next.

Di skrin berikutnya, tentukan di mana anda ingin meletakkan folder untuk projek anda. Kemudian, klik Finish.

Setelah selesai, IntelliJ akan membina projek Maven dan anda akan nampak file XML seperti ini,

<?xml version="1.0" encoding="UTF-8"?>
<project xmlns="http://maven.apache.org/POM/4.0.0"
         xmlns:xsi="http://www.w3.org/2001/XMLSchema-instance"
         xsi:schemaLocation="http://maven.apache.org/POM/4.0.0 http://maven.apache.org/xsd/maven-4.0.0.xsd">
    <modelVersion>4.0.0</modelVersion>

    <groupId>com.jombelajarjava</groupId>
    <artifactId>tutorialh2</artifactId>
    <version>1.0-SNAPSHOT</version>


</project>

File ini bernama pom.xml. File inilah tempat untuk kita menentukan config untuk projek Maven.

Untuk menambah library database H2, tambah config ini di pom.xml:

<dependencies>
    <dependency>
        <groupId>com.h2database</groupId>
        <artifactId>h2</artifactId>
        <version>1.4.196</version>
    </dependency>
</dependencies>

File pom.xml kemudiannya akan kelihatan seperti ini:

<?xml version="1.0" encoding="UTF-8"?>
<project xmlns="http://maven.apache.org/POM/4.0.0"
         xmlns:xsi="http://www.w3.org/2001/XMLSchema-instance"
         xsi:schemaLocation="http://maven.apache.org/POM/4.0.0 http://maven.apache.org/xsd/maven-4.0.0.xsd">
    <modelVersion>4.0.0</modelVersion>

    <groupId>com.jombelajarjava</groupId>
    <artifactId>tutorialh2</artifactId>
    <version>1.0-SNAPSHOT</version>

    <dependencies>
        <dependency>
            <groupId>com.h2database</groupId>
            <artifactId>h2</artifactId>
            <version>1.4.196</version>
        </dependency>
    </dependencies>

</project>

Anda boleh check version library tersebut di Maven Central.

Jika anda menggunakan IntelliJ, IntelliJ akan tanya sama ada anda ingin download library H2 tersebut, maka download sahaja.

Class Main

Code Java untuk projek Maven kebiasaannya diletakkan di dalam folder src/main/java. Jadi, right click folder tersebut, kemudian New dan klik Java Class. Letakkan nama class termasuk nama package, contoh yang saya akan guna, com.jombelajarjava.H2Application.

Class H2Application kita jadikan sebagai class untuk aplikasi. Di sini kita akan letakkan config untuk database. Kita juga akan meletakkan code untuk mula membina database dalam method init(). Oleh itu, class H2Application pada awalnya akan kelihatan seperti ini:

package com.jombelajarjava;

class H2Application {
    private static final String DATABASE_URL = "jdbc:h2:~/tutorialh2/db";
    private static final String NAME = "root";
    private static final String PASSWORD = "root";

    H2Application() {
        init();
    }

    private void init() {

    }
}

Perhatian, dalam situasi sebenar, elakkan dari meletakkan nama dan password dalam code. Biasanya kita perlu dapatkan maklumat tersebut daripada environment variable ataupun file yang berasingan supaya lebih selamat.

Selepas ini, dalam folder yang sama, create class Main untuk kita letakkan main() method untuk run aplikasi tersebut. Class Main akan menjadi seperti ini,

package com.jombelajarjava;

public class Main {
    public static void main(String[] args) {
        H2Application app = new H2Application();
    }
}

Menggunakan database

Untuk menggunakan database daripada aplikasi Java, kita perlu membuat dua langkah ini:

  1. Membuat connection ke database.
  2. Menjalankan code SQL.

Untuk membuat connection, kita boleh menggunakan class DriverManager. Sebagai contoh, kita akan buat dalam method init() yang sedia ada, seperti ini:

private void init() {
    Connection conn;
    try {
        conn = DriverManager.getConnection(DATABASE_URL, NAME, PASSWORD);
        conn.close();
    } catch (SQLException e) {
        e.printStackTrace();
    }
}

Selepas selesai dengan panggilan database, kita perlu menutup semula connection tersebut dengan menggunakan method close().

Untuk menjalankan code SQL daripada connection tersebut, kita boleh menggunakan method createStatement() atau prepareStatement(). Daripada statement tersebut kita boleh jalankan code SQL menggunakan method executeUpdate() atau executeQuery(). Contoh:

private void init() {
    Connection conn;
    Statement stmt;
    try {
        conn = DriverManager.getConnection(DATABASE_URL, NAME, PASSWORD);
        stmt = conn.createStatement();
        stmt.executeUpdate(
            "CREATE TABLE IF NOT EXISTS KUCING (" +
                "ID IDENTITY, " +
                "NAMA VARCHAR(100) NOT NULL, " +
                "JANTINA ENUM('jantan', 'betina'), " +
                "TARIKH_LAHIR DATE NOT NULL" +
            ")");
        stmt.close();
        conn.close();
    } catch (SQLException e) {
        e.printStackTrace();
    }
}

Statement juga sama seperti Connection, perlu ditutup menggunakan method close() setelah digunakan.

try-with-resources

Jika kita lihat code tersebut agak menyusahkan kerana perlu close() setiap masa. Jika anda masih ingat, dalam tutorial Exception, kita ada belajar try-with-resources. Jadi, kita akan menggunakannya di sini. Code terbaru kemudiannya akan menjadi seperti ini:

private void init() {
    try (Connection conn = DriverManager.getConnection(DATABASE_URL, NAME, PASSWORD);
         Statement stmt = conn.createStatement()) {
        stmt.executeUpdate(
            "CREATE TABLE IF NOT EXISTS KUCING (" +
                "ID IDENTITY, " +
                "NAMA VARCHAR(100) NOT NULL, " +
                "JANTINA ENUM('jantan', 'betina'), " +
                "TARIKH_LAHIR DATE NOT NULL" +
            ")");
    } catch (SQLException e) {
        e.printStackTrace();
    }
}

Jika anda menggunakan IntelliJ, IntelliJ akan complain kerana try-with-resources ialah feature Java 7 dan ke atas. Untuk selesaikannya, tekan Alt+Enter kemudian pilih Set language level to 7. IntelliJ akan menambah config pada pom.xml secara automatik. Anda boleh nampak config baru dalam file pom.xml, iaitu

<build>
    <plugins>
        <plugin>
            <groupId>org.apache.maven.plugins</groupId>
            <artifactId>maven-compiler-plugin</artifactId>
            <configuration>
                <source>1.7</source>
                <target>1.7</target>
            </configuration>
        </plugin>
    </plugins>
</build>

Sekarang barulah kita boleh run aplikasi kita.

Run code

Semasa development, kita boleh saja terus run menggunakan IntelliJ tanpa menggunakan Maven. Jadi kita run seperti biasa, klik kanan pada class Main kemudian klik Run 'Main.main()'. Setelah selesai, H2 akan create table KUCING.

H2 Console

Antara feature yang saya suka pada H2 ialah H2 Console. Jika anda pernah menggunakan database seperti MySQL, anda mungkin perlu setup phpMyAdmin untuk melihat kandungan database tersebut di browser.

Dengan H2, kita hanya perlu run library JAR H2 untuk mendapatkan fungsi yang sama. Jadi, cari file JAR yang di download oleh Maven. Di komputer saya (Linux), lokasi tersebut ialah

~/.m2/repository/com/h2database/h2/1.4.196

Setelah cd ke lokasi tersebut, kita boleh run H2 Console menggunakan command

java -jar h2-1.4.196.jar

Browser akan automatik terbuka dengan GUI ke database H2. Masukkan URL, nama, dan password yang sama untuk lihat kandungan database kita dan anda akan dapat lihat kita ada table KUCING yang kita create sebelum ini.

Anda boleh lihat di sini cara untuk buka H2 Console jika anda menggunakan Windows.

Website ini menggunakan cookie yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini. Dengan menggunakan website ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookie tersebut.

Setuju