CRUD

CRUD ialah akronim (acronym) untuk Create, Read, Update dan Delete. Keempat-empat operasi tersebut ialah operasi yang biasa digunakan dengan database.

Jadi setiap kali membuat project yang melibatkan database, anda boleh terus sahaja menyediakan keempat-empat operasi tersebut.

CRUD dalam KucingDao

Berbalik ke aplikasi kita sebelum ini, operasi CRUD kita adalah seperti berikut:

Operasi Method dalam KucingDao
Create insertKucing()
Read findAll(), findById(), findByNama()
Update updateKucing()
Delete deleteKucing()

Insert

Saya akan membuat contoh untuk membuat operasi Insert dalam SimpleKucingDao. Caranya sama sahaja seperti membuat table, tetapi kita perlu menjadikan SQL query tersebut boleh mengambil data daripada code Java. Caranya adalah dengan menggunakan PreparedStatement:

    @Override
    public Kucing insertKucing(final Kucing kucing) {
        final String insertQuery = "INSERT INTO KUCING(NAMA, JANTINA, TARIKH_LAHIR) VALUES(?, ?, ?)";

        try (Connection conn = DriverManager.getConnection(url, name, password);
             PreparedStatement stmt = conn.prepareStatement(insertQuery)) {
            stmt.setString(1, kucing.getNama());
            stmt.setString(2, kucing.getJantina().toString());
            stmt.setDate(3, Date.valueOf(kucing.getTarikhLahir()));

            stmt.executeUpdate();

            try (ResultSet generatedKeys = stmt.getGeneratedKeys()) {
                if (generatedKeys.next()) {
                    final Long id = generatedKeys.getLong(1);
                    return kucing.cloneWithId(id);
                }
            }
        } catch (SQLException e) {
            e.printStackTrace();
        }

        return kucing;
    }

Letakkan tanda soal, ?, dalam SQL query sebagai tempat untuk kita masukkan data. Untuk mendapatkan PreparedStatement, gunakan method prepareStatement() dari Connection.

Kemudian, untuk memasukkan data kita gunakan pelbagai method set yang ada mengikut jenis data tersebut. Contoh,

stmt.setString(1, kucing.getNama());

bermaksud masukkan nama kucing di tempat (tanda soal) pertama.

Dengan menggunakan JDBC, kita boleh mendapatkan kembali ID yang terhasil daripada proses Insert seperti code di atas, iaitu,

            try (ResultSet generatedKeys = stmt.getGeneratedKeys()) {
                if (generatedKeys.next()) {
                    final Long id = generatedKeys.getLong(1);
                    return kucing.cloneWithId(id);
                }
            }

Selepas mendapatkan ID, saya create object Kucing baru dengan data yang sama tetapi disertakan dengan ID.

Anda mungkin tertanya-tanya kenapa saya tidak menggunakan method setId() misalannya. Kalau tengok kembali pada class Kucing, semua fields saya letakkan keyword final. Keyword final akan menjadikan field tersebut tidak boleh berubah. Ada sebabnya, tetapi saya akan jelaskan pada tutorial akan datang.

Code untuk operasi CRUD yang lain saya serahkan kepada pembaca sebagai latihan.

Ambil input

Sekarang kita sudah boleh membuat code aplikasi untuk berinteraksi dengan pengguna kemudian memasukkan data ke dalam database.

Initialize PendaftaranService dan Scanner di constructor H2Application:

    private final PendaftaranService pendaftaranService;
    private final Scanner scan;

    H2Application() {
        pendaftaranService = new PendaftaranService(new SimpleKucingDao(DATABASE_URL, NAME, PASSWORD));
        scan = new Scanner(System.in);

        init();
    }

Sebenarnya ada cara yang lebih baik berbanding menggunakan new untuk menggunakan service dan DAO iaitu dengan menggunakan dependency injection framework, tetapi ini hanya untuk demo penggunaan database. Jadi, kita buat dependency injection menggunakan new sahaja.

Kita paparkan arahan aplikasi kepada pengguna dalam method start(), kemudian ambil input:

    void start() {
        System.out.print("Selamat Datang ke Pendaftaran Pet Kucing!\n" +
                "\n" +
                "Tekan nombor mengikut senarai di bawah:\n" +
                "1. Daftar kucing.\n" +
                "2. Tukar maklumat kucing.\n" +
                "3. Padam maklumat kucing.\n" +
                "4. Senaraikan semua kucing.\n" +
                "5. Cari kucing mengikut nama.\n" +
                "\n" +
                "Pilihan: ");

        final int nombor = Integer.parseInt(scan.nextLine().trim());

        switch (nombor) {
            case 1:
                daftarKucing();
                break;
            default:
                break;
        }

        scan.close();
    }

Method daftarKucing():

    private void daftarKucing() {
        System.out.print("\nMasukkan nama kucing: ");
        final String nama = scan.nextLine().trim();

        System.out.print("Masukkan jantina kucing ([J/j]antan/[B/b]etina): ");
        final char jantina = scan.nextLine().trim().charAt(0);

        System.out.print("Masukkan tarikh lahir (yyyy-mm-dd): ");
        final LocalDate tarikhLahir = LocalDate.parse(scan.nextLine().trim());

        final Kucing kucing = new Kucing(nama, jantina, tarikhLahir);
        final Long id = pendaftaranService.add(kucing).getId();

        System.out.println("\nPendaftaran selesai.\nID kucing anda: " + id);
    }

Perhatikan kita hanya mengambil char untuk menentukan Jantina sedangkan class Kucing memerlukan data jenis enum. Oleh itu, kita perlu

Enum Jantina dari character

Tambah method fromChar() pada enum Jantina:

    public static Jantina fromChar(final char firstChar) {
        for (Jantina jantina : Jantina.values()) {
            if (String.valueOf(jantina.text.charAt(0)).equalsIgnoreCase(String.valueOf(firstChar))) {
                return jantina;
            }
        }
        return null;
    }

Method tersebut bermaksud untuk setiap nilai enum Jantina yang ada, bandingkan huruf pertama dengan input tidak kira sama ada huruf besar atau kecil, jika sama pulangkan nilai enum tersebut.

Overload contructor Class Kucing

Overload constructor untuk class Kucing:

    public Kucing(final String nama, final char jantina, final LocalDate tarikhLahir) {
        this(nama, Jantina.fromChar(jantina), tarikhLahir);
    }

Demo

Setelah selesai semuanya, gunakan method start() untuk menjalankan aplikasi:

package com.jombelajarjava;

public class Main {
    public static void main(String[] args) {
        H2Application app = new H2Application();
        app.start();
    }
}

Anda boleh ke sini untuk lihat code yang lengkap.

Website ini menggunakan cookie yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini. Dengan menggunakan website ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookie tersebut.

Setuju