Remote

Remote bermaksud sesuatu yang jauh. Kalau ternampak perkataan remote dalam Git, itu bermaksud tempat yang jauh untuk kita upload code iaitu server, tidak kiralah server sendiri atau website seperti GitHub, GitLab, dan Bitbucket. Jadi, jika anda masih belum daftar mana-mana website tersebut, anda boleh daftar sekarang untuk mengikuti tutorial ini.

Repository

Setelah mendaftar, anda boleh membina repository untuk projek. Repository ialah tempat untuk meletakkan code. Kita boleh menggunakan nama yang sama dengan nama folder yang telah kita buat untuk nama repository, iaitu cikgu.

Cara untuk create repository berbeza mengikut website. Jadi, anda boleh ambil masa untuk meneroka website tersebut.

Setelah membina repository, biasanya website akan menunjukkan cara untuk upload code. Ikut sahaja arahan tersebut.

git remote

Antara arahan yang anda perlu ikut ialah command git remote. Kita boleh menggunakan git remote untuk menetapkan url untuk upload code di website tersebut.

Dalam arahan, biasanya ada command seperti ini,

git remote add origin https://github.com:namasaya/cikgu.git

misalannya.

git remote add origin bermaksud kita tambah url kemudian tetapkan nama origin untuk url tersebut.

git push

git push ialah command yang akan upload code kita ke website berkenaan. Jika anda mengikuti arahan website, anda mungkin perlu menaip,

git push -u origin master

Jadi, Git akan push(upload) code ke url origin yang telah kita tetapkan sebelum ini ke branch master.

Kita akan lihat dengan lebih jelas mengenai branch pada tutorial akan datang.

Huruf -u hanya perlu ditulis jika kita upload buat pertama kali. Selepas ini kita hanya perlu tulis

git push origin master

Anda mungkin perlu memberi password semasa push code.

Setelah selesai push, anda boleh refresh website tersebut dan anda boleh melihat dan meneroka file-file yang telah diupload.

git clone

Sebagai demo, kita akan padam folder cikgu yang telah kita bina di komputer kita untuk cuba download kembali file-file tersebut.

git clone ialah command untuk download seluruh projek dari remote. Jadi, download kembali projek cikgu dengan menaip,

git clone https://github.com:namasaya/cikgu.git

Url tersebut bergantung kepada url repository anda.

git pull

git pull pula ialah command untuk download hanya perubahan code, bukan seluruh projek. Jika anda menggunakan website, anda boleh edit file di website. Kemudian, anda boleh cuba download perubahan menggunakan

git pull origin master

dan anda boleh lihat perubahan berlaku pada file di komputer anda.

Website ini menggunakan cookie yang dikendalikan oleh pihak ketiga. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di sini. Dengan menggunakan website ini, anda bersetuju dengan penggunaan cookie tersebut.

Setuju